Site Map

Home

BLOG

About

Ada Baik

Memories

Malacca

Kuala Lumpur


Singapore

Baba Nyonya

Nyonya Recipes

Borneo

Bario

Aden


Berlin


Regimental


Jim's Cancer

KOYLI Forum

LI Assns

Remembrance

Fallen in N.I

Pingat Medal

Veterans Medal

Photo Albums

Stan green

Milton Starkey

Gary Dickinson

Pete Smith

Jim Whitehead

Jim Slideshow

Bill Heafiel
d

David Fill



My Bits

Carousel

Matrix

Birds in shower 18++

Wisdom


E-mail



 




les

Back To the 1960,s in Malacca/Chinese/Malay/ +  some of the present


 



Please bookmark
 



 

TRAGIC News again I am afraid



JIM HOBBS  KOYLI  2 LI has died.








To any KOYLI 2 LI veterans and families, you can become a member
of the KOYLI --2 LI

By joining groupbox









The author of this site




 

Fighting Terrorism





 

 

NOTICE


Lt Tim Bates KOYLI  2 LI

Has died

(See obituary)


 

 

Another sad loss


Roger Arrand MID  KOYLI 2 LI

(See obituary)



The fotopic album site

KOYLI Bugle Journals
 





 


Selamat Menyambut

Keratan Akhbar

 

Air quality declines in Klang Valley


PETALING JAYA: Air quality in parts of the country have deteriorated due to local peat fires in Selangor and forest fires in Indonesia bringing over haze to Malaysia.

At 5pm Friday, Port Klang and Cheras recorded unhealthy API readings of 136 and 109 respectively. Shah Alam’s API reading went up to 120 from the 95 recorded at 11am.

Overall, 21 areas recorded good air quality while 26 areas recorded moderate air quality readings.

Other areas close to heading into the unhealthy quality range of between 101 and 200 include Kajang (100), Batu Muda (99), Petaling Jaya (93) and Putrajaya (92).

Compared to Thursday, yesterday’s API readings showed a general decline in air quality in the Klang Valley.

Thursday’s API readings for Petaling Jaya was 76 while Cheras recorded a reading of 73.

The three peat fires identified in Klang and Sepang coupled with trans-boundary haze from Indonesia has led to unhealthy Air Pollutant Index (API) readings in Port Klang, Shah Alam and Cheras.

The fires are a regular occurrence in Sumatra and Borneo during the dry season due to fires being started to clear land before the planting season starts.

The dry season also occurs in Malaysia which tends to ignite peat fires that compounds the annual haze problem.

As of 5pm, visibility in Subang was at 5km. Petaling Jaya recorded visibility readings of 2km at 9am which later improved to 4km at 5pm.

Visibility at the Kuala Lumpur International Airport went to as low as 3km to which an airport spokesperson said the situation was being monitored.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bebas tahanan ISA keputusan baik - Abdullah
 

KUALA LUMPUR 5 Apr. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu keputusan yang baik.

Beliau juga menyifatkan keputusan Perdana Menteri untuk mengkaji semula ISA sebagai satu lagi keputusan yang baik.

``Saya pasti masanya telah tiba untuk tahanan ISA berkenaan dibebaskan.

``Jadi Perdana Menteri membebaskan mereka dan ia merupakan satu tindakan baik yang diambil oleh beliau. Ini merupakan keputusan yang baik,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

- Utusan


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Polis Marin Rampas 461 Karton Rokok Seludup


KUANTAN, 15 Mac (Bernama) -- Polis Marin berjaya merampas 461 karton rokok seludup pelbagai jenis dalam serbuan di dua premis berasingan di Kampung Cherating Baru, dekat sini, semalam.

Ketua Pasukan Gerakan Marin Timur ACP Mohd Saleh Mat Jani berkata dalam serbuan 11 pagi itu, pihaknya turut menahan dua suspek, seorang lelaki berusia 39, dan wanita berusia 51 tahun untuk siasatan lanjut.

"Kedua-dua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1969," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Saleh berkata serbuan itu disertai sepasukan unit risikan, Pasukan Gerakan Marin Timur yang terdiri daripada tiga pegawai dan 10 anggota.

"Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM10,000," katanya.

Beliau berkata, rokok berkenaan dipercayai diseludup masuk dari China dan Indonesia.

"Semua barangan rampasan dan suspek akan diserahkan kepada pihak Kastam untuk tindakan selanjutnya," katanya.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siapa sebenarnya penderhaka?



KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Sebelum Umno mahu mengambil tindakan melucutkan gelaran Dato' Seri ke atas Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atas dakwaan kononnya menderhaka dan menangkap Karpal Singh di bawah ISA atas dakwaan kononnya menghina Sultan Perak, penguasa dan rakyat perlu melihat sejarah ebenar siapa penderhaka sebenarnya. Iklan

Mengulas kemelut tersebut Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu telah menjadi modus operandi Umno.

"Tetapi sekarang juak-juak Umno mahu menghukum pemimpin Pakatan Rakyat kerana kononnya tidak akur kepada Titah DiRaja. Sebelum itu cuba kita membuka helaian sejarah yang lalu siapa sebenarnya yang mula-mula menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu," katanya.

Pertama, pemimpin Umno yang pertama melondeh Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan ialah bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas menghina Raja-Raja Melayu ketika mengurangkan kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu, ujarnya.

Lebih trajis lagi kisah pertabalan Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan dan kes ini berlaku di Ketereh yang dipimpin oleh Dato' Seri Annuar Musa namun bekas Adun Kok Lanas itu tidak didakwa, katanya

Masih segar dalam ingatan, perkatan 'natang' (binatang) ketika Umno Terengganu khususnya Dato' Seri Idris Jusoh mempertikai perkenan Sultan melantik Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu.

Namun sehingga kini Idris dan konco-konconya yang melakukan demonstrasi haram selepas piliahan raya umum 8 mac lalu tidak didakwa, tegas Kamarul yang juga Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan.

"Kes-kes yang disebut itu tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak yang berwajib khasnya pihak polis pimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Jawapannya mudah kerana mereka pemimpin Umno. Sungguh kebal pemimpin Umno sehingga PDRM pun tak berani mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Mengulas kes Pakatan Rakyat di Perak, Kamarul berkata, kepimpinan di sana bukan tidak akur kepada Sultan Perak, cuma cara yang dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah berat sebelah.

"Mengapa Sultan Perak tidak menyokong untuk membubarkan Dun? dan mengapa pula Sultan Azlan cukup patuh dengan kehendak dan nasihat Ketua Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Najib Tun Razak merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia?," soalnya.

Majoriti rakyat mahukan satu proses keadilan yang jelas kerana apa yang sedang berlaku ini bercanggah dari segi Perlembagaan, katanya.

Cara yang dibuat oleh Umno dan keputusan Sultan Perak menjadi pertikaian sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah mempelekehkan Raja atau tidak patuh kepada Raja, katanya.

"Kenapa Umno tidak sanggup menunggu Dewan Undangan Negeri Perak bersidang untuk membuat dan usul undi tidak percaya?" soalnya lagi.

Sejarah terbukti pemimpin Umno lah yang telah melondehkan maruah Raja Melayu, menjahanamkan maruah bahasa Melayu dan memecahbelahkan bangsa Melayu, tegas Kamarul.

"Sekarang mereka gegak gumpita mahu menghukum Nizar dan Karpal Singh pula," katanya.

"Sayang pada Sultan Perak yang ditunjukkan oleh Umno dalam kes 'Rampasan Kuasa' di Perak hari ini sebenarnya bagaikan tanam tebu dibibir mulut sahaja.

"Pendirian Pakatan Rakyat sememangnya cukup jelas iaitu mahu mengembalikan kemuliaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai sebuah institusi Raja Berperlembagaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya. _


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Polis Malaysia, Indonesia Dan Brunei Tingkat Kerjasama


KUCHING, 23 Jan (Bernama) -- Prosedur operasi standard (SOP) antara polis tiga negara -- Malaysia, Indonesia dan Brunei -- akan ditambahbaik bagi meningkatkan kerjasama mengawal aktiviti jenayah di sempadan tiga negara itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata dengan memperbaiki prosedur itu, operasi polis di ketiga-tiga negara seperti mengawal sempadan, mencegah pembalakan haram, penyeludupan dan keganasan dapat diselaras dengan lebih cekap dari segi perundangan.

"Malaysia, Indonesia dan Brunei telah lama menggunakan SOP ini, kita mahu meningkatkan dan memperbaikinya agar lebih berkesan sesuai dengan keadaan semasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Musa mempengerusikan mesyuarat tiga penjuru pertama dengan Ketua Polis Republik Indonesia (Polri) Drs Bambang Hendarso Danuri dan Ketua Polis Diraja Brunei Pehin Datu Kermasetia Dato Seri Zainuddin Jailani di sini.

Musa berkata ketiga-tiga negara terbabit mahu meningkatkan kerjasama dari segi pemantauan di sempadan dan perkongsian maklumat selain bekerjasama rapat dengan agensi yang berkaitan seperti Jabatan Hutan, Imigresen dan Kastam di negara berkenaan.

"Kami bersetuju menubuhkan jawatankuasa kecil untuk menyelaras setiap operasi membabitkan kawasan sempadan khasnya di kawasan darat seperti di sempadan Sarawak, Kalimantan dan Brunei," katanya.

Sementara itu, Bambang Hendarso berkata pertemuan hari ini amat penting kepada usaha untuk mengawal jenayah di sempadan ketiga-tiga negara.

"Kita perlukan lebih banyak pertukaran maklumat dalam menangani beberapa jenayah seperti pembalakan haram, penyeludupan dadah dan banyak lagi kes termasuk keganasan," katanya.

Zainuddin pula berkata langkah meningkatkan keupayaan SOP perlu disegerakan dalam memastikan negara di rantau ini kekal aman dan bebas daripada ancaman penjenayah.

Mengenai jenayah, Musa tidak menolak kemungkinan kadar jenayah akan meningkat jika negara di rantau ini tidak mengambil langkah segera mengatasi masalah rakyat yang hilang pekerjaan dan tidak mempunyai pekerjaan berikutan kegawatan ekonomi dunia.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Robber’s gun jams, jeweller cheats death

6th January 2008


GEORGE TOWN: A 65-year-old jewellery shop owner cheated death when a robber’s pistol jammed during a robbery at Komtar.

To Teoh Kim Beng’s relief, nothing happened except that he heard only a click when the robber aimed the pistol at his forehead and pulled the trigger at point blank range.

His wife Ong Bee Choo, also 65, said the pistol must have jammed or the robber forgot to load the firearm.

“Two robbers, who looked like Vietnamese, entered the shop posing as customers at 12.55pm. They suddenly whipped out a pistol each while talking and ordered us to unlock the glass displays.



Lucky break: Teoh (standing, left) and his wife Ong relating their ordeal to police officers investigating the robbery in Penang Monday.
“We then squatted down but my husband tried to get up as his legs had become numb. One of the robbers then lost his temper and pulled the trigger but the pistol failed to fire,” she said when met at the scene.

Ong said they then scooped up five trays of jewellery worth more than RM200,000 before speeding off in a motorcycle parked nearby.

He said that the two robbers were in the shop a few days earlier to check out the premises.

Security guard Azmi Rejab said the robbers pointed their pistols at him when he approached them while walking past the shop, adding that he then ran for his life.

State CID chief Senior Asst Comm (II) Wan Abdullah Tuanku Said said the investigating officer would scrutinise the footage from several closed-circuit television cameras around Komtar with the hope of identifying the robbers.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Man dies after being set ablaze by girlfriend

22nd December 2008


JOHOR BARU:
A 32-year-old man died after he was set ablaze by an assailant, believed to be his girlfriend.

G. Ganipathy was set on fire at a house in Taman Ungku Tun Aminah at about 7.30am on Sunday.

It is learnt that the victim had been renting a room with his girlfriend at the house. The suspect had allegedly doused him with petrol and set him on fire before escaping.

Ganipathy was in the toilet when the incident occurred. His housemates, who heard his screams, rushed in and quickly put out the fire before sending him to Sultanah Aminah Hospital.

However Ganipathy, who was 90% burnt, succumbed to his injuries at about 10pm the same day.

Johor Baru (North) OCPD Asst Comm Ruslan Hassan said police had identified the suspect, who is a 45-year-old woman.

“We are currently tracking down the suspect and are confident of apprehending her soon,” he said when contacted here on Monday.

He said police have classified the case as murder under Section 302 of the Penal Code.

“We are exploring all angles in the investigation,” he said, adding that the body had been sent for post-mortem.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

10 Disember, 2008 22:08 PM

Malaysia-Indonesia Tandatangan Perjanjian Penting Ruang Udara Sempadan


JAKARTA, 10 Dis (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) bersama Malaysia-Indonesia yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku Menteri Pertahanan, Khamis akan menyaksikan pemeteraian perjanjian penting penggunaan ruang udara di kawasan pos di sempadan bersama yang memperkukuhkan kerjasama kedua-dua negara.

Dengan perjanjian itu, kedua-dua negara boleh menggunakan ruang udara di kawasan pos-pos kawalan bersama di sempadan sepanjang lebih 1,000 KM di Kalimantan-Sarawak dan Sabah, tanpa memerlukan kebenaran diplomatik terlebih dahulu.

Ini sekali gus akan memperkukuhkan usaha bersama kedua-dua negara dalam mengatasi masalah seperti kegiatan haram penyeludupan, pengganas dan jenayah lintas sempadan, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal kepada wartawan Malaysia di sini, Rabu.

Mesyuarat GBC kali ini juga melibatkan kemajuan kerjasama dua hala apabila Malaysia akan menambah satu lagi pos gabungan di Seliku, iaitu yang pertama di Sabah, bermula hari ini, yang merupakan pos ketiga di kawasan Malaysia selepas Biawak dan Lubuk Antu di Sarawak, katanya.

Beliau berkata Malaysia juga dijangka mengemukakan cadangan kepada Indonesia supaya negara 17,000 buah pulau ini juga menambah satu lagi pos serupa, selain dua pos yang beroperasi di negara ini di Simanggaris dan Entiko, masing-masing di Kalimantan Timur dan Barat.

Abdul Aziz berkata Abdullah selaku menteri pertahanan dan Juwono, akan mengesahkan perjanjian itu, yang akan ditandatangani oleh Abdul Aziz dan Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Djoko Santoso.

"Dokumen prosedur operasi udara itu membolehkan pesawat tentera terus memasuki kawasan sempadan di pos gabungan yang diwujudkan jika berlaku kecemasan termasuk memberi bantuan kemanusiaan bencana atau perkara lain berkaitan perbatasan sempadan seperti pengganas dan jenayah lintas sempadan.

"Pada ketika ini, kita memerlukan masa dua minggu untuk mendapatkan kebenaran diplomatik untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, pengecualian itu hanya bagi penerbangan pertama dan kebenaran masih diperlukan untuk penerbangan susulan," katanya mengulas agenda mesyuarat berkenaan.

GBC Malindo yang bermula sejak termeterai perjanjian bagi memulihkan hubungan Malaysia-Indonesia pada 11 Ogos 1966, bukan saja menamatkan konfrontasi, malah menjadi pentas berkesan mewujudkan persefahaman mendalam dan kerjasama akrab pelbagai bidang termasuk keselamatan dan sosio ekonomi.

Abdullah, yang tiba di sini Rabu petang mengetuai delegasi Malaysia seramai 28 orang termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah; Penasihat Dasar Luar Perdana Menteri Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) Datuk Hamid Ali.

Menjawab pertanyaan wartawan, Abdul Aziz menafikan GBC Malindo kali ini akan membincangkan isu pertikaian Ambalat di Laut Sulawesi seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan, kerana katanya, isu itu sudah dibincangkan di peringkat jawatankuasa pakar teknikal.


06 November, 2008 11:52 AM

700 Atlet Dan Pegawai Sertai Karnival Sukan Pelapis


KUANTAN, 6 Nov (Bernama) -- Seramai 700 atlet dan pegawai akan menyertai Karnival Sukan Pelapis Negeri peringkat kebangsaan di sini selama tiga hari bermula 20 Nov ini.

Pengarah Majlis Sukan Pahang Suhaimi Mohd Yunus berkata sebanyak 15 kontinjen dari seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam karnival yang membabitkan atlet di bawah umur 19 tahun.

Sejumlah 401 pingat ditawarkan dalam empat acara sukan yang dipertandingkan iaitu gimnastik artistik, gimrama, menembak dan olahraga.

"Karnival ini bertujuan mewujudkan lebih banyak ruang pertandingan serta menilai prestasi jurulatih dan atlet," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berharap karnival tersebut dapat melahirkan ramai atlet berkaliber untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

-----------------------------------------------

Malaysia terima anugerah Island of Peace

PETALING JAYA 31 Okt. - Malaysia hari ini menerima anugerah Island of Peace daripada Persatuan Pendidik Antarabangsa Bagi Keamanan Dunia (IAEWP) dan Festival Seni Bela Diri Antarabangsa 2008 pada satu majlis sempena Kongres IAEWP di Pusat Konvensyen Sunway Piramid di sini malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula masing-masing turut menerima Anugerah Presiden Kehormat IAEWP dan Anugerah Kepimpinan Global IAEWP.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menerima ketiga-tiga anugerah tersebut daripada Presiden dan Pengasas IAEWP, Dr. Charles Mercieca bagi pihak Abdullah dan Najib yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut.

Pada majlis sama, Muhammad turut menyampaikan anugerah daripada kerajaan kepada Charles iaitu Anugerah Keamanan Sedunia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Turut disampaikan pada majlis itu ialah lima lagi anugerah khas IAEWP iaitu kepada Muhammad dengan Anugerah Kepimpinan Antarabangsa, pengasas Silat Lincah, Datuk Omar Din Mauju (Anugerah Lagenda Kehidupan Seni Bela Diri) dan pengasas Pertubuhan Seni Silat Ikatan Kalam Utama Malaysia (PIKUM), Profesor Dr. Zahalan Man (Anugerah Keamanan Individu Antarabangsa).

Dua lagi penerima ialah penganjur bersama Kongres IAEWP, Datuk Chee Kok Wing (Anugerah Platinum Antarabangsa Keamanan Sedunia) dan penganjur IAEWP dan Presiden PIKUM, Datuk Ramlan Merican Naina Merican (Anugerah Platinum Global IAEWP).

Kongres IAEWP yang diadakan di seluruh dunia sejak 1970, pertama kali diadakan di Malaysia tahun ini bermula 29 Oktober lalu dan berakhir hari ini.

Seramai 3,000 peserta daripada lebih 60 negara menyertai kongres yang diadakan dua atau empat tahun sekali itu.

Antara tetamu kehormat lain yang hadir pada majlis malam ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan Koperasi dan Usahawan, Datuk Saifudin Abdullah.

----------------------------------------
Bali bombers to be executed

 

The execution is expected to take place on Saturday morning.



The members of the Jemaah Islamiyah regional militant group were sentenced to death in 2003 over the attacks on packed nightspots on the resort island of Bali which killed 202 people, mainly foreign tourists.

JAKARTA - EVERYTHING
is in place for the three men sentenced to death over the 2002 Bali bombings to be executed as early as Saturday morning, a senior Indonesian official said.
Security has been beefed up on the prison island of Nusakambangan off southern Java where the Islamist extremists - Amrozi, Mukhlas and Imam Samudra - are being held, Deputy Attorney-General Abdul Hakim Ritonga said on Thursday.

'All preparations are ready. Security forces have been boosted. The execution can be anytime between November 1 and November 20,' Mr Ritonga told AFP.

Lawyers for the bombers said however that authorities had not informed them of their clients' imminent execution, which they are obliged to do at least three days before the sentence is carried out.

The members of the Jemaah Islamiyah regional militant group were sentenced to death in 2003 over the attacks on packed nightspots on the resort island of Bali which killed 202 people, mainly foreign tourists.

Their executions have been repeatedly delayed by a string of failed appeals and religious considerations.

Mr Ritonga said the bombers' bodies would be flown by helicopter to their villages in east and west Java so they could be buried in time to meet Muslim tradition.

'As Muslims, they should be buried as soon as possible. It will take too long to send the bodies by road but less than an hour by helicopter,' Mr Ritonga said.


--------------------------------------------------------------------


Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%



IPOH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.
 



 

 

"Copyright Les Parkin © 2006. All rights reserved."